KENALI KAMI
PENGENALAN
Penubuhan perpustakaan desa (PD) adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat di luar bandar. Melalui cara ini diharap dapat merapatkan jurang ilmu dan digital di kalangan penduduk di luar bandar dan di bandar. Di samping itu ianya bertujuan untuk memupuk minat membaca dan mencintai ilmu serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di desa.
Projek pembinaan perpustakaan desa ini dibiayai melalui peruntukan khas belanja mengurus Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Pada tahun 2005 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri PErlis telah mendapat kelulusan untuk mewujudkan 5 buah Perpustakaan Desa dengan pengubahsuaian bangunan sedia ada yang terdapat di neegri Perlis
sementara itu dalam tahun 2006 sebanyak 11 buah Perpustakaan Desa baru telah diluluskan untuk negeri Perlis di mana 8 buah adalah binaan baru di atas tapak milik Kerajaan Negeri dan wakaf serta 3 buah lagi projek ubah suai.
Setiap perpustakaan desa ini dibekalkan dengan perkakasan/perabut perpustakaan dan koleksi buku yang diuruskan spenuhnya oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
VISI MISI OBJEKTIF
CARTA ORGANISASI
Encik Dahlan Samad
Timbalan Pengarah Kanan
Pembangunan & Perpustakaan Desa
Perpustakaan Negara Malaysia
Puan Machita Othman
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Encik Mohd Tarmizi Wahab
Ketua Bahagian
Pembangunan & Rangkaian Perpustakaan
Perbadanan PErpustakaan Awam Negeri Perlis
Puan Norwanie Mohd Nor
Penyelia Zon Simpang Empat
En. Ridzuan Mat
Pembantu Pustakawan
PD Tambun Tulang
En. Norzaidi Ismail
Pembantu Pengoperasian
PD Tambun Tulang
PENDAFTARAN KEAHLIAN
- Terbuka kepada penduduk sekitar perpustakaan dan rakyat Malaysia
- Pengguna perlu menjadi ahli perpustakaan dengan mengisi borang keahlian
- Ahli berdaftar akan diberi 1 kad pinjaman
- Pendaftaran ahli adalah percuma
PINJAMAN BUKU
Seorang ahli berdaftar dibenarkan meminjam 3 buah buku dalam jangka masa 3 minggu.
PERATURAN PERPUSTAKAAN
DENDA
- Tidak dibenarkan makan, minum, merokok, meludah dan tidur dalam perpustakaan
- Tidak dibenarkan bercakap dengan kuat sehingga menganggu ketenteraman pengguna lain
- pengguna dilarang mengoyak atau menggunting bahan bacaan dan mengubah perabot yang disediakan
- Tidak dibenarkan membawa masuk binatang peliharaan
- Bahan rujukan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran
- Pengguna handaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak mencolok mata ketika berada di perpustakaan.
DENDA
- Denda akan dikenakan untuk peminjam yang menghilangkan buku dan lewat pemulangan buku.